Pembangunan Summer Pockets

Sebelum pembangunan Summer Pockets bermula, Key sedang dalam proses membangunkan Angel Beats! 1st Beat (2015) dan Harmonia (2016). Pada awal 2015, penulis senario Yūto Tonokawa sedang mengetuai projek baharu untuk novel visual yang lain, tetapi projek ini telah ditangguhkan untuk memberi tumpuan kepada Angel Beats! dan Harmonia . Tonokawa kemudiannya meletak jawatan daripada Key sebelum keluaran Angel Beats! 1st Beat pada Jun 2015, dan projek yang dipimpinnya telah ditinggalkan. Berikutan itu, Kai dibawa masuk untuk mengarahkan projek baharu, yang kemudiannya menjadi Summer Pockets . Pertandingan dalaman dalam kalangan pekerja Visual Arts telah berlangsung bagi mengemukakan idea bagi projek baharu itu menurut konsep yang melibatkan kehidupan seharian yang menyeronokkan dan kisah yang mencuit air mata, tetapi tidak dibayangi oleh karya terdahulu Key. [3]

Apabila perbincangan bermula mengenai karya baharu Key, Jun Maeda berbincang dengan Takahiro Baba, presiden Visual Arts, dan Maeda bertegas bahawa projek baharu itu perlu membuatkan pembaca menangis. Maeda juga mengatakan bahawa jika judul seterusnya tidak dapat mencapai matlamat tersebut, ia bermakna pengakhiran Key. Antara idea yang dikemukakan oleh penulis senario Yū Niijima digambarkan serupa dengan Ghost in the Shell oleh Kai. Walaupun terdapat banyak idea yang dikemukakan, namun dirasakan semuanya tidak cukup syarat daripada sesuatu yang dihasilkan oleh Key. Maeda mengakui walaupun terdapat idea menarik yang dikemukakan, namun tiada satu pun yang akan membuatkan pembaca menangis. Walaupun Maeda pada asalnya tidak bercadang untuk mengemukakan idea sendiri, beliau memberikan satu idea sebagai ilham, tetapi beliau terkejut apabila ideanya diterima serta-merta sebagai asas untuk apa yang akan menjadi Summer Pockets . Maeda memutuskan untuk tidak menulis senario untuk permainan itu kerana persamaan dalam tema dengan novel visual Key Air (2000), yang mana beliau merupakan penulis utama. [3]

Kai mula mengembangkan konsep diberikan dengan Maeda turut menghadiri mesyuarat produksi, tetapi Maeda kemudian dimasukkan ke hospital, menyebabkan Kai meminta lebih ramai penulis dibawa untuk projek itu. [3] Niijima sebelum ini pernah bekerja dalam novel visual untuk Saga Planets, jenama lain di bawah Visual Arts, tetapi beliau meletak jawatan dari Saga Planets pada 2012. [5] Baba telah mencadangkan beberapa kali agar mereka membawa masuk Niijima untuk projek baharu, menyebabkan beliau dibawa masuk sebagai penulis senario. Seorang lagi penulis senario, Hasama, telah turut serta berikutan sumbangannya kepada senario alihpasaran novel visual Key Kud Wafter (2010). [3] Kai menulis senario untuk laluan Ao, Niijima menulis kedua-dua laluan Shiroha dan Kamome, dan Hasama menulis laluan Tsumugi.

Walaupun permainan ini ditetapkan di pulau fiksyen, ilhamnya adalah berdasarkan tempat sebenar; staf pembangunan telah mengunjungi Naoshima, Megijima dan Ogijima untuk membantu dalam proses ini. Penggunaan tema nostalgia sebagai tema adalah penting bagi Kai yang menyamakan konsep Maeda dengan siri permainan video Boku no Natsuyasumi . Berkenaan kebimbangan mengenai persamaannya dengan Air, yang juga menampilkan persekitaran luar bandar pesisir laut di musim panas, Kai maklum bahawa Summer Pockets akan dibentuk sama sekali berbeza dengannya disebabkan sebahagiannya dari hubungan setiap heroin dan daripada beberapa watak lelaki menawan dalam permainan, sama seperti Little Busters! (2007) dan Angel Beats! (2010). Walau bagaimanapun, Maeda menegaskan bahawa tema ikatan keibuan yang dipaparkan dalam Air akan disertakan dalam Summer Pockets . [3]

Na-Ga ialah ketua artis dan pereka watak untuk Summer Pockets, dan tiga artis lain kemudiannya dibawa masuk untuk menghasilkan reka bentuk watak tambahan: Yūnon Nagayama, Tsubasu Izumi dan Fumuyun. Nagayama sebelum ini pernah terlibat dalam reka bentuk watak untuk Angel Beats! 1st Beat, dan dia telah diminta untuk menyertai satf Summer Pockets kerana seninya sangat serasi dengan ilustrasi Na-Ga . Kai diperkenalkan kepada Izumi oleh Harumi Sakurai, pelakon suara Yuri Nakamura dari Angel Beats!, dan Kai telah lama ingin bekerjasama dengan Izumi dalam projek beliau. [3] Fumuyun menyertai barisan stad untuk menyediakan reka bentuk watak untuk dua watak sokongan. [6] Watak chibi direka oleh Engiyoshi. Runut bunyi permainan ini digubah oleh komposer terkenal Key, Maeda dan Shinji Orito, selain Donmaru, Tomohiro Takeshita dan Ryō Mizutsuki. [7]

  1. "Anime of Key's Summer Pockets Game Confirmed as in the Works". Anime News Network. December 29, 2021. Dicapai pada December 29, 2021.
  2. "Summer Pockets: Reflection Blue Adds Four Heroines And Everyday Life Scenarios". Siliconera. December 9, 2019. Dicapai pada February 1, 2020.
  3. 1 2 3 4 5 6 7 "Key新作発表! ヒロイン公開&制作陣に独占インタビュー!". Dengeki G's Magazine (dalam bahasa Japanese). ASCII Media Works. December 8, 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada December 8, 2016. Dicapai pada December 8, 2016.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. "Visual Art's/Key Announces Jun Maeda's Summer Pockets PC Game". Anime News Network. December 10, 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada December 13, 2016. Dicapai pada December 15, 2016.
  5. Niijima, Yū (April 20, 2012). "卒業しても好きって言うよ". Saga Planets (dalam bahasa Japanese). Livedoor. Diarkibkan daripada yang asal pada July 4, 2016. Dicapai pada May 7, 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. "サマポケ開発日誌(ふむゆん)" (dalam bahasa Japanese). Key. March 14, 2018. Dicapai pada June 30, 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. "Summer Pockets -サマーポケッツ- (サマポケ) オフィシャルサイト | Spec" (dalam bahasa Japanese). Key. Dicapai pada December 26, 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
  1. (鳥白島)

Rujukan

WikiPedia: Summer Pockets http://www.animenewsnetwork.com/news/2016-12-10/vi... http://gs.dengeki.com/news/89671/ http://key.visualarts.gr.jp/diary/2018/03/post_161... http://key.visualarts.gr.jp/summer/spec.html http://blog.livedoor.jp/sagaplanets_hs/archives/69... https://www.animenewsnetwork.com/news/2021-12-29/a... https://www.siliconera.com/summer-pockets-reflecti... https://web.archive.org/web/20160704052156/http://... https://web.archive.org/web/20161208111519/http://... https://web.archive.org/web/20161213215805/http://...